CAHAYA SIRNA MALAM

Chrisdiana Samahli, Brunei Darussalam

Hari yang dinanti-nantikan telah tiba kerana merupakan permulaan aktiviti yang dirancang dengan tekun oleh para belia yang bersedia melakukan kerja kemasyarakatan untuk salah seorang penduduk Kuala Belait iaitu Dayang Tengah dan dua orang saudaranya yang bermastautin di pendalaman Mukim Sukang, Daerah Belait. Mereka tinggal di sepanjang alur sungai dan satu satunya cara pengangkutan adalah dengan menggunakan perahu.

Para belia-belia dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan. Di antara tugas-tugas berikut adalah seperti membersihkan halaman dengan membakar daun kering dan ranting-ranting kayu, membersihkan bahagian dalam rumah dengan menyapu dan mengelap perabot serta mengukur panjang dan lebar rumah tersebut. Kempen kebersihan ini juga dibuat kerana ingin membantu Dayang Tengah oleh kerana disebabkan keterbatasan fizikal Dayang Tengah yang menghadkan pergerakan sehariannya.

Semasa kempen kebersihan dijalankan, aktiviti pemasangan kabel juga dijalankan di mana pemasangan kabel ini disambungkan ke lampu dapur. Para belia juga membuat pemeriksaan keadaan luar rumah berdasarkan ukuran yang dibuat sebelum proses pendawaian dimulakan.

Setelah para belia dan beliawanis menyelesaikan tugasan mereka, aktiviti pada hari tersebut diakhiri dengan acara penyampaian sumbangan berupa catuan makanan dan botol air bersih kepada Dayang Tengah dan dua orang saudaranya. Sumbangan itu adalah merupakan sumbangan ikhlas daripada orang ramai dan juga para belia dan beliawanis sendiri. Seperti yang diambil maklum bahawa amat susah bagi keluarga Dayang Tengah untuk memperolehi air bersih kerana satu-satunya sumber air bagi mereka hanyalah dengan mengumpulkan air hujan di tong besar dan juga air sungai semasa air sungai pasang.

Kabel wayar yang panjang diperlukan untuk menyambungkan lampu dan panel suria mengikut ukuran panjang dan lebar rumah tersebut yang telah diukur awal oleh belia-belia tadi. Panel suria dan lampu suria adalah hasil sumbangan ehsan dari orang ramai dan ahli-ahli Persatuan PEMBELA yang berhasrat untuk membantu dari segi sumber bekalan cahaya pada rumah milik Dayang Tengah dan dua orang saudaranya sebagai langkah keselamatan terutama sekali sebagai kaum wanita yang tinggal jauh di pedalaman.

Pada asalnya, mereka biasanya menggunakan minyak petrol untuk diisi ke generator penjana elektrik yang membekalkan tenaga elektrik ke dalam rumah mereka. Oleh yang demikian, mereka terpaksa bergantung pada penjana elektrik tersebut agar terus berfungsi untuk menerangi rumah mereka pada waktu malam. Cukup menyedihkan dan kasihan apabila para belia mendengar cerita keluarga Dayang Tengah mengenai kesukaran yang dihadapi apabila mereka terpaksa memandu sekurang-kurangnya 2 jam ke pekan atau keluar ke bandar hanya untuk membeli bekalan minyak petrol. Oleh kerana itulah, para belia berpendapat bahawa adanya panel suria dan lampu suria seperti yang telah dipasang, sekurangkurangnya dapat meminimumkan lagi penggunaan tenaga elektrik. Menjelang akhir program perkhemahan, pihak penganjur dan para belia telah bersetuju untuk terus mendapatkan sokongan dan bantuan orang ramai agar dapat membeli beberapa unit lampu suria sebagai tambahan untuk dipasang lengkap di dalam rumah dan kawasan sekitarnya yang bakal dirancang dalam masa terdekat pada tahun ini. Usaha ini juga termasuklah pembinaan tangki air dan paip baru buat keluarga tersebut supaya memudahkan lagi mereka untuk mendapatkan lebih banyak bekalan air hujan bagi kegunaan harian mereka.

Secara simboliknya, judul "Cahaya Sirna Malam" memberi maksud bahawa tenaga cahaya dari matahari yang diserap oleh panel suria menjadi tenaga cahaya yang dapat menerangi seluruh rumah Dayang Tengah dan keluarganya. Melalui solusi ini, Dayang Tengah dan keluarga yang tinggal jauh di pedalaman akhirnya dapat mengatasi kesukaran mereka yang telah sekian lama hidup di dalam kegelapan malam dengan cahaya yang sangat terhad sebelumnya. Akhirnya, mereka telah beroleh rezeki dengan menerima sinar baru yang merupakan cahaya kegembiraan bagi mereka yang telah bersabar dan redha dengan nasib mereka selama ini dan meningkatkan keyakinan mereka bahawa masih wujudnya ehsan kemanusiaan di atas muka bumi ini.

----------||----------

Disclaimer: the photo story is part of the ASEAN Photo Competition, implemented by the ASEAN Foundation and the ASEAN-German Energy Programme (AGEP) that focused on the theme of ”#ASEANYouth Shaping the Vision of Renewable Energy as the New Normal”. AGEP is commissioned by the Federal Ministry for Economic Cooperation and Development (BMZ) and implemented by the Deutsche Gessellschaft fürInternationale Zusammernabeit (GIZ) GmbH in close cooperation with the ASEAN Centre for Energy (ACE). The competition aims to contribute to the awareness of the benefits of renewable energy (solar, wind, hydro, tidal, geothermal, and biomass) paving the way for ASEAN’s cleaner and greener future. The contents of this photo story do not necessarily reflect the views of ASEAN Foundation or AGEP.

Showing 1 reaction

Please check your e-mail for a link to activate your account.

This site uses cookies to make your experience more efficient.OK